Hujan lebat gagal menyekat sekumpulan mahasiswa mengadakan demonstrasi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.<br /><br />Menamakan diri mereka “Gerakan Mahasiswa Selamatkan Negara”, kumpulan itu berarak kira-kira 1.5 kilometer bermula dari Bank Negara hingga ke Dataran Parlimen dan berikrar terus tinggal di situ sehingga mendapat jawapan daripada Najib sendiri.<br /><br />Mereka antaranya tidak puas hati sekitar kontroversi 1MDB, syarikat pelaburan negara cetusan ilham Najib.
