PAS mengambil keputusan tidak mengerahkan anggotanya ke himpunan BERSIH 4 pada 29 hingga 30 Ogos ini.<br /><br />Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keputusan itu adalah supaya parti lebih fokus kepada program anjuran mereka iaitu Kongres Rakyat pada 12 September ini.<br /><br />Bagaimanapun beliau menegaskan PAS komited berjuang ke arah tuntutan demokrasi yang adil sebagaimana yang disuarakan oleh BERSIH sebelum ini.