Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyingkirkan penasihatnya yang dianggap "punahsihat" kerana pandai mengambil kesempatan dan mementingkan diri sendiri.<br /><br />Akhbar Sinar Harian hari ini memetik Tajuddin berkata terdapat beberapa penasihat Najib seperti yang dimaksudkan itu.