Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mendakwa kali terakhir beliau berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perbicaraan di Mahkamah Jalan Duta, minggu lalu mendapati kesihatan bekas ketua pembangkang itu cukup merisaukan.<br /><br />Katanya, akibat masalah di kedua-dua bahunya, Anwar tidak boleh mengangkat tangannya seperti sebelum ini.<br /><br />Pada perbicaraan itu, wartawan dan jurugambar tidak dibenarkan menghampiri Anwar dan tiada gambar terbarunya berjaya dirakamkan.