Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengakui tidak tahu mengenai spekulasi bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan ke atas anggota polis. <br /><br />Secara sinis, katanya, sekiranya perkara itu berlaku, tidak mungkin pula SPRM memberitahu kepada pihak media.<br /><br />Semalam, SPRM dilapor telah memulakan siasatan berhubung tindakan pelbagai pihak berkuasa dan individu yang dianggapa sebagai satu bentuk gangguan terhadap suruhanjaya itu yang menyiasat SRC International Sdn Bhd.