Di sebalik membuat dakwaan baru bahawa ketua pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memburukkan kerajaan, bekas wartawan Lester Melanyi gagal membekalkan sebarang bukti.<br /><br />Sebaliknya, sidang akhbar itu bertukar menjadi ‘panas’, apabila NGO yang mesra dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) - yang menganjurkan majlis itu mendakwa wartawan bersikap biadap.