Cadangan sedang dipertimbangkan untuk mengeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada perkhidmatan awam dan Jabatan Perdana Menteri, dan menjadikan ia badan yang menjawab kepada Parlimen.<br /><br />Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Anti-Rasuah antarabangsa (IACC) Ke-16, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk tujuan berkenaan.<br /><br />Katanya, menjadikan SPRM sebagai perkhidmatan berasingan akan memerlukan pindaan terhadap perlembagaan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli parliimen.
