Tanpa menamakan mana-mana pihak tetapi dipercayai merujuk kepada Parti Amanah Negara yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin parti itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata golongan pengkhianat lebih teruk daripada lawan.<br /><br />Dalam perjuangan Islam, katanya, pengkhianat perlu bertaubat ataupun dihapuskan dan PAS tidak dibenarkan bertahaluf dengan mereka berbanding dengan pihak lawan.