Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan proses persempadanan semula kerusi undangan negeri Sarawak menerima 86 bantahan menjadikan ia paling banyak dalam sejarah.<br /><br />Katanya, daripada jumlah itu 64 didengar dan laporannya sudah digazetkan pada 21 Ogos lalu dan terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkannya di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kelulusan.
