Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dakwaan bahawa Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadualkan bersidang pada 9 September ini akan memecat atau menggantung keanggotaan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hanyalah suatu spekulasi.<br /><br />Hishammuddin, yang juga menteri pertahanan berkata demikian ketika mengulas mengenai khabar angin bahawa MT akan mengambil tindakan memecat atau menggantung keanggotaan Muhyiddin dan Mohd Shafie dalam mesyuarat Rabu depan.