Seorang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan berang apabila minggu orientasi kampus itu dipolitikkan dengan program mengutuk parti pembangkang.<br /><br />Beliau yang tidak mahu dikenali menghantar video kepada Kinitv menunjukkan bagaimana pelajar diingatkan supaya tidak menghadiri perhimpunan seperti BERSIH, sedangkan katanya, di negara-negara maju anak-anak seawal usia tadika diajar hak dan demokrasi.<br /><br />Justeru, katanya, tidak menghairankan negra melahirkan siswazah yang tidak berdaya saing kerana diperbodoh dan didoktrinkan semasa di universiti.
