Sepuluh orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera selepas sebuah kereta di Latakia, Syria, kubu kuat bahagian pesisir pantai Presiden Bashar al-Assad, diletupkan semalam.<br /><br />Pengganas dipercayai meletupkan kereta sarat dengan bom di dataran Hamam di Latakia sehingga menyebabkan kerosakan teruk kereta serta bangunan berdekatan.