Anggota lembaga penasihat 1MDB Tan Sri Abdul Samad Alias berkata beliau melepaskan jawatannya selepas cubaan mendapatkan taklimat berhubung hal ehwal syarikat itu tidak dilayan.<br /><br />Katanya, beliau membuat cubaan itu dalam tempoh enam bulan bagi mengetahui maklumat berkaitan untung rugi firma pelaburan negara itu tetapi tetap gagal.
