Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyekat laman web promosi perhimpunan ‘baju merah’ sekiranya pihak polis mengisytiharkannya sebagai haram.<br /><br />Katanya, SKMM sedang menunggu pengumuman rasmi dari pihak polis mengenai perkara itu sebelum bertindak.
