Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dilihat cuba berdolak dalik berhubung kedudukan beberapa wakil rakyat dan ahli majlis dari PAS yang telah meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara.<br /><br />Beliau yang bergantung kepada sokongan wakil rakyat PAS supaya kerajaan pimpinannya itu tidak tumbang berkata anggota berkenaan masih lagi bersama PAS kerana beliau belum menerima apa-apa permohonan dari parti tersebut.
