Kerajaan sedia memberi lebih kuasa kepada universiti awam berkaitan perjawatan, kenaikan pangkat dan pengurusan kewangan namun ia perlu disertai dengan akauntabiliti pihak berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.<br /><br />Katanya, pengurusan universiti awam perlu mencari alternatif dan menjana sumber kewangan bagi menampung kos pengurusan universiti yang semakin meningkat berikutan peningkatan pelajar.
