Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya bahawa pemimpin Umno sudah kehilangan moral apabila menyatakan ahli parti itu bebas menyertai perhimpunan berasaskan kaum ‘baju merah’ pada 16 September ini.<br /><br />Beliau yang kini merengkuk di Penjara Sungai Buloh menerusi satu nota yang dikeluarkan oleh PKR membidas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga adalah menteri dalam negeri.
