Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta kumpulan wartawan bukan arus perdana supaya tidak meruntuhkan negara dan beretika semasa melaporkan berita.<br /><br />Katanya, media alternatif, termasuk portal berita harus belajar dari media arus perdana yang disifatkannya beretika dalam penulisan berita mereka.
