Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata protes ‘baju merah’ yang dijadualkan pada 16 September ini akan dianggap sebagai himpunan haram jika pihak penganjur tidak menghantar notis.<br /><br />Katanya, notis seharusnya dihantar sekurang-kurangnya 10 hari sebelum perhimpunan diadakan tetapi setakat ini polis belum menerima sebarang permohonan tetapi akan mempertimbangkannya jika permohonan dibuat.