Di sebalik bantahan DAP, PKR hari ini bertegas mengekalkan pendirian mereka untuk mengajak PAS menyertai gabungan baru pembangkang selepas Pakatan Rakyat berkubur beberapa bulan lalu.<br /><br />Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata partinya sentiasa mengalu-alukan semua kumpulan yang sependapat untuk menghadapi BN pada pilihan raya umum akan datang.