Sejurus selepas mulanya tempoh rasmi berkempen, calon PAS Hassanuddin Salim mendakwa Jabatan Agama Islam Pahang kini mengambil alih secara sementara semua 22 masjid di DUN Kerdau.<br /><br />Dakwanya, tindakan itu akan memberikan kelebihan kepada lawannya Syed Ibrahim Syed Ahmad daripada BN yang mudah berkempen di rumah ibadat tersebut dan tidak memberikan peluang sama rata kepadanya.
