Sebanyak enam resolusi berjaya dibentuk melalui Rapat Anak Muda yang dianjurkan salah seorang calon bagi ketua angkatan muda Badrul Hisham Shaharin di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur lewat malam tadi. <br /> <br />Badrul berkata, resolusi berkenaan akan diserahkan oleh ketua perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman kepada presiden dan majlis pimpinan pusat parti itu dalam tempoh 24 jam. <br />"(Secara umumnya, resolusi adalah berkaitan) penambahbaikan parti, proses pemilihan dengan mengambil kira kepercayaan rakyat kepada parti itu," katanya kepada media selepas pertemuan lebih dua jam itu.
