Ahli majlis pimpinan pusat (MPP) PKR Mohd Rafizi Ramli dan barisan regunyanya - dikenali Generasi Reformasi - sedia berdebat dengan tokoh dan pasukan lain yang merebut jawatan tertinggi dalam Pemuda PKR (AMK). "Kami bersedia turut serta," kata calon timbalan ketua Pemuda kumpulan itu Amiruddin Shari. <br /> <br />Beliau yang juga ADUN Batu Caves dan naib ketua AMK berkata, program anjuran gabungan penulis blog - dikenali sebagai Universiti Terbuka Perak (EUREKA) - itu akan diadakan pada 18 September di sebuah resort di Taiping, Perak. <br /> <br />Full story here: http://www.malaysiakini.com/news/141630
