Kerajaan Selangor digesa supaya mengkaji semula kedudukan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi. <br /> <br />Gesaan itu ditimbulkan oleh ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berikutan jabatan itu "menyepi" dalam isu pemberian lesen judi sukan pada sidang medianya hari ini. <br /> <br />Khalid berkata, tindakan itu bercangah dengan sikap jabatan itu sebelum ini yang menyatakan bantahan keras terhadap penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
