Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata beliau memberi sokongan kepada calon BN dari MIC, P Kamalanathan itu atas dasar 'kepentingan negara' dan sekaligus menafikan dakwaan beliau mengamalkan sikap perkauman. <br /> <br />Menurutnya, beliau ada menerima SMS daripada pihak tertentu yang menggesanya agar menyokong calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim kerana beliau seorang calon berketurunan Melayu.