Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat komited dalam memperkukuhkan gabungan tersebut walaupun terdapat laporan mengenai wujudnya pergeseran antara pemimpin tertingginya. <br /> <br />'Komitmen yang diberikan oleh pucuk pimpinan parti adalah jelas," katanya sambil menambah bahawa mereka akan menangani apa sahaja kelemahan melalui bekerjasama sebagai satu pasukan. <br /> <br />Anwar menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar bersama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.