Indonesia akan mengambil tindakan terhadap pihak yang mengancam keselamatan rakyat Malaysia di republik tersebut, kata dutanya ke Kuala Lumpur hari ini.

Tan Sri Da'i Bachtiar berkata, kedutaan Indonesia di sini telah berhubung dengan pihak berkuasa republik itu untuk mentertibkan individu-individu terbabit.

"Kita memahami masyarakat Malaysia yang ada di Indonesia itu akan khuatir dengan aksi (tindakan) seperti itu.

"Saya sudah berhubungan dengan menteri dalam negeri (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) dan juga kepala polisi Indonesia. Ia disampaikan kepada saya bahawa pihak yang terlibat akan dikenakan tindakan setimpalnya, katanya.