Menteri-menteri diminta berhenti mengeluarkan kenyataan "jahil" berkenaan prosedur mahkamah syariah kerana tindakan itu mencampuri urusannya dan boleh dianggap menghina mahkamah.<br /><br />Muhammad Burok juga menyeru supaya Majlis Peguam serta pihak yang tidak berkaitan dengan urusan perundangan Islam supaya tidak mencampuri urusan mahkamah syariah.<br /><br />Amaran ini dikeluarkan susulan kenyataan beberapa menteri yang mengulas hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno yang bersalah mengambil alkohol oleh mahkamah syariah Pahang.
