Surprise Me!

Polis mahu rekod kenyataan Husam

2015-09-11 1 Dailymotion

Polis akan merekodkan kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man berhubung ceramah politik yang diadakan tanpa permit malam tadi.

Ceramah itu diadakan bertentangan dengan Masjid Jamek Sungai Nibong di Pulau Pinang, lapor Bernama.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob berkata polis memantau ceramah politik kerana penceramah mungkin menyentuh mengenai isu sensitif yang boleh mencetuskan ketegangan atau menimbulkan kemarahan orang ramai.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di Pulau Pinang hari ini.

Ayub berkata, kira-kira 300 orang menghadiri ceramah yang diadakan pada kira-kira jam 9.45 malam itu yang dianjurkan tanpa permit.

Buy Now on CodeCanyon