Calon bebas dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Azharudin Mamat @ Adam menafikan beliau bertanding gara-gara kecewa bapanya dipinggirkan oleh pemimpin Umno negeri.

"Saya baik dengan pemimpin Umno, tidak berbangkit soal hubungan ayah dengan bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh.

kuala terengganu by election azharudin mamat independent candidate interview 080109 01"Cuma ada orang yang takut saya memecahkan undi calon Umno.

"Saya tidak mahu bercakap lagi mengenai perkara itu (hubungan ayah dengan Umno).

"(Tetapi) saya tidak pernah menjadi ahli Umno atau PAS, namun ramai orang Umno setuju saya bertanding sebagai calon bebas," katanya ketika temubual dengan Malaysiakini malam tadi.