PAS bersikap terbuka dengan tindakan ahli, pemimpin dan wakil rakyat mereka yang meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.<br /><br />Namun pada masa sama, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, untuk berlaku adil, PAS perlu diberi kebenaran menerima mana-mana wakil rakyat daripada parti lain.<br /><br />Kata setiausaha agung PAS itu, walaupun sedih dengan penghijrahan berkenaan, partinya tidak berasa rugi kerana mereka boleh dianggap masih berada di 'padang politik' sama.
