Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid berpendapat, sekiranya cubaan menjatuhkan perdana menteri merupakan tindakan jenayah, pihak bertanggungjawab sepatutnya turut menangkap pembangkang kerana mereka cuba untuk menjatuhkan kerajaan. <br /> <br />Beliau berkata demikian merujuk kepada penahanan peguam Matthias Chang dan bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
