Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Skudai Dr Boo Cheng Hau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalam selepas kekalahannya dalam pemilihan barisan jawatankuasa DAP negeri. <br /> <br />Beliau berkata surat peletakan jawatannya dihantar kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Tan Sri Mohamad Aziz, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta Setiausaha DAP negeri Gan Peck Cheng.