Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai PKR. <br /> <br />Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu pejabat parti itu, di Petaling Jaya. <br /> <br />Saifuddin yang hadir pada sidang media itu merakamkan penghargaannya kepada rakan-rakan PKR kerana menerimanya sebagai anggota parti.