Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri digesa mewujudkan segera Mahkamah Rayuan Khas bagi memperbetulkan ketidakseimbangan proses keadilan Mahkamah Syariah di negara ini. <br /> <br />Gesaan itu dibuat bekas Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya malam tadi dalam Forum: Bila isteri jadi Suami di ibu negara malam tadi. <br /> <br />Bekas Mufti Negeri itu juga amat kesal dengan penganjuran kursus perkahwinan yang ada sekarang kerana tidak menitik beratkan soal hak dan tanggungjawab dalam bekeluarga.