(MKini) Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai PKR.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu pejabat parti itu, di Petaling Jaya.

Saifuddin yang hadir pada sidang media itu merakamkan penghargaannya kepada rakan-rakan PKR kerana mernerimnya sebagai anggota parti.

"Terima kasih. Ini adalah keputusan besar bagi orang kecil seperti saya,” katanya.

Ditanya mengapa beliau memilih PKR dan bukan parti politik lain, Saifuddin mengakui beliau juga tidak pasti sebabnya.

"Dalam isu ini, saya tidak pasti mengapa hati saya condong kepada PKR meskipun saya tahu ada parti-parti lain yang juga melakukan tugas mereka dengan baik,” katanya.