Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini mengarahkan 79 aktivis yang membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Wisma Kastam Diraja Malaysia, Kelana Jaya pada 23 Mac lalu dibicarakan. <br /> <br />Peguam Roger Chan Weng Chen yang mewakili sebahagian daripada 79 aktivis itu berkata perbicaraan ditetapkan pada 29 Februari 2016. Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012.