Dua anggota parlimen DAP, Lim Lip Eng (Segambut) dan Gobind Singh Deo (Puchong) diarah keluar dewan hari ini. <br /> <br />Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan arahan itu selepas Lim campur tangan dalam prosiding parlimen, apabila bangun bertanya kenapa usul membincangkan isu kenaikan kadar tol ditolak. <br /> <br />Gobind pula diarah keluar selepas mengkritik Pandikar ketika cuba mempertahankan Lim.