Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memerintahkan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang untuk menarik balik dan menuntut mohon maaf berhubung kenyataan beliau yang didakwa menghina dirinya. <br /> <br />Pada sesi perbahasan Dewan Rakyat hari ini, Pandikar berkata tindakan akan diambil sekiranya Lim Kit Siang tidak membuat permohonan maaf yang mendakwa speaker menyalahgunakan kuasa dengan membekukan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selama tiga bulan dalam usaha mensabotaj siasatan 1MDB
