Justin Trudeau bakal menjadi perdana menteri Kanada yang baru selepas Parti Liberalnya menang dalam pilihan raya umum negara itu. Ia juga mengakhiri hampir satu dekad pemerintahan oleh Parti Konservatif. <br /> <br />Al Jazeera melaporkan, Parti Liberal merampas majoriti kerusi parlimen- satu perkara yang belum pernah berlaku yang mana ia memecahkan rekod bagi jumlah kerusi yang diperolehi daripada satu pilihan raya. <br /> <br />Parti Liberal sebelum ini menjadi sebuah parti ketiga di parlimen sebelum berlakunya pilihan raya.
