Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu lima ahli parlimen yang didakwa akan mengundi menolak bajet yang bakal dibentangkan Jumaat ini untuk menyoal diri masing-masing apakah tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada mereka. <br /> <br />Apabila dimaklumkan antara mereka, termasuk bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ahmad Zahid berkata soal itu seharusnya diajukan kepada mereka.