Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar meminta Kerajaan memberi kebebasan kepada Jawantankuasa Penasihat Syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar operasi agensi berkenaan mematuhi kehendak syariah sepenuhnya. <br /> <br />Bercakap pada perbahasan Rang Undang- Undang KWSP pindaan 2015, Mahfuz berkata jawantankuasa tersebut tidak seharusnya hanya tertumpu pada sesuatu produk sahaja tetapi seharusnya terlibat dengan keseluruhan operasi agensi berkenaan.
