Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sekali lagi membidas Tun Dr Mahathir Mohamad dengan melabelkan sebagai seorang ‘hiprokit yang tidak berprinsip’. <br /> <br />Mengulas keputusan Mahathir menyokong titah Majlis Raja-raja Melayu supaya siasatan ke atas 1MDB diteruskan segera, katanya, bekas perdana menteri itu juga pernah cuba melucutkan kuasa mereka ketika tempoh perkhidmatan beliau.