Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said dijadual membentangkan usul kedua untuk menggantung Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) pada pukul 11.30 pagi hari ini sekiranya Lim tidak membuat sebarang permohonaan maaf kepada pihak speaker. <br /> <br />Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, Azalina berkata Lim mempunyai sehingga waktu itu untuk membersihkan nama Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang dituduh bersalah.