Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang hari ini digantung selama 6 bulan daripada Dewan Rakyat selepas usul yang dibentangkan Datuk Seri Azalina Othman Said diluluskan majoriti ahli Parlimen hari ini. <br /> <br />Usul tersebut dibawa menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pagi ini, dan dibahaskan dengan hangat selama hampir sejam lebih.