Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir terus menggasak Perdana menteri, Datuk Seri najib Razak.

Kali ini, beliau menggelar Najib sebagai pemimpin paling teruk meskipun pernah mengiktirafnya sebagai orang nombor satu dalam negara.

Dalam wawancara dengan Guardian, Mahathir memberi gambaran Najib akan mempertahankan jawatannya dengan apa cara sekali pun.

Tambahnya, negara tidak pernah dikecam kerana rasuah sepanjang pentadbiran lima bekas Perdana Menteri terdahulu.