Surprise Me!

Orang utan terjejas akibat jerebu di Indonesia

2015-10-28 1 Dailymotion

Orang utan yang merupakan antara spesies terancam di dunia menjadi mangsa terbaharu krisis jerebu di Indonesia selepas banyak kawasan hutan dibakar bagi membuka tanah pertanian. <br /> <br />Pasukan penyelamat di sebuah pusat pemuliharaan spesies beruk dan orang utan di Kalimantan kini menimbang untuk memindahkan beratus-ratus orang utan di bawah jagaan mereka di samping menyelamatkan haiwan itu yang hidup liar di rimba. <br /> <br />Di Pusat Pemuliharaan Nyaru Menteng di Kalimantan, sebanyak 16 anak orang utan telah diasingkan selepas haiwan itu mengalami jangkitan akibat terdedah lama kepada asap jerebu tebal.

Buy Now on CodeCanyon