Pelawak terkenal, Jimmy Morales memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya Presiden Guatemala kelmarin walaupun beliau langsung tidak berpengalaman dalam arena politik. <br /> <br />Morales yang merupakan seorang pelakon komedi dan personaliti televisyen mengumumkan kemenangannya selepas pegawai-pegawai pilihan raya mengumumkan keputusan pilihan raya itu. <br /> <br />Beliau mendapat 68 peratus undi berbanding 32 peratus yang diperoleh bekas wanita pertama, Sandra Torres selepas 97 peratus undi telah dikira.
