Kumpulan militan Negara Islam (IS) semalam mendedahkan rakaman video saat-saat akhir pesawat Rusia terhempas di pergunungan di Hassana, Semenanjung Sinai, Mesir yang mengorbankan semua 224 penumpangnya.

IS turut mendakwa bertanggungjawab mengakibatkan pesawat Airbus A321 itu terhempas, namun tidak mendedahkan bagaimana nahas berlaku.

Video yang disiarkan Mail Online memaparkan bagaimana sebuah objek dipercayai pesawat Metrojet penerbangan 9268 milik syarikat Kogalymavia itu, hilang kawalan di udara serta mengeluarkan kepulan asap hitam.

Pendedahan video itu menimbulkan persoalan sama ada pesawat malang tersebut ditembak jatuh militan IS.