Beberapa buah bandar di Kalimantan dan Sumatera yang sebelum ini diselubungi jerebu dan asap tebal selama berbulan-bulan, akhirnya kembali pulih apabila tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan mencecah paras terendah sejak krisis itu melanda Indonesia pada bulan Ogos lalu. <br /> <br />Semua bandar yang dipantau Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia pagi ini pertama kali berada di luar zon tidak sihat sejak krisis itu melanda.